Tik Tok :D

01 February 2011

Salam . Okay harini memandangkan aku mempunyai keinginan yang meluas untuk menulis , jadi aku pun mengambil keputusan untuk meng-update blog kesayangan aku ni :) Aku akan menulis apa sahaja yang telah berlaku kepada aku sejak kebelakangan ini . Oh ya , sebelum itu , aku ingin meminta maaf dulu kalau perkara yang aku tulis ni agak merepek sedikit dan membuatkan tekak anda semua terloya (kalau nak muntah tu , muntah jea la . nak aku sediakan baldi jugak ke ?)
Bermulalah kisah aku :) P/s : Baca tu tak payah nak kuat sangat sampai satu taman perumahan anda boleh dengar (tak kelakar kan ? ada aku cakap kelakar ?) . Baca senyap senyap dan hayatinya okay :)

Okay , seperti yang kita tau terdapat beberapa buah negeri/daerah telah dilanda hujan lebat dan tidak kurang juga ada kawasan kawasan tertentu yang dilanda banjir tidak kira sama ada banjir teruk ataupun banjir yang agak agak teruk ataupun banjir yang tidak teruk langsung . Contoh banjir yang teruk seperti yang melanda KL atau nama saintifiknya Kampung Laut yang terletak di Skudai , Johor Bahru . Lantas , rasa kasihan terus singgah di hati para manusia yang mempunya sifat berperikemanusiaan (ayat skema lah sikit) . Bukan sahaja KL yang dilanda banjir , malah area segamat dan juga kota tinggi turut dilanda banjir . Hmm , marilah kita berdoa agar saudara saudara kita yang menjadi mangsa banjir supaya mereka sentiasa selamat dan tabah mengadapi dugaan dan ujian daripada-Nya , Amin :)
Okay topik seterusnya , cuti sekolah dah bermula , dan kerja sekolah juga berlambak :) Sabar ye ? Itu kan lumrah menjadi seorang pelajar sekolah , ye tak ? Sesiapa yang telah berjaya menyiapkan kesemua kerja sekolah anda , TAHNIAH ! Kepada yang masih belum siap ataupun yang tak sentuh langsung kerja rumah dia (oopsss terasa ?) , sila laksanakan tugas anda secepat mungkin sebelum menyesal di hari kemudian kelak (ayat skema lagi sikit) .
Okay topik seterus terusnya , petang tadi aku telah dibawa berjalan oleh ibu dan kakak angkat aku . Meh sini aku highlightkan sikit nama diorang , kasi famoua gitu kan , Hihi . Ibunda Jamilah binti Md Amin dan juga kakak angkat aku Ctomel Red , ribuan terima kasih ya kerana telah berjaya membuat hati saya ceria dan gembira . Hah , ape ? Jalan kat mane ? Oh , jalan dekat Jaya Jusco Bukit Indah je . Hah , ape ? Eleh ? Ape eleh eleh ? At least , aku jalan jugak , kau ada ? Takde kan , so diam je . Kalau yang ada pun , diam jugak eh :) Takperlu memberikan sebarang komen , hanya duduk diam diam dan baca senyap senyap mengikut peraturan yang telah ditetapkan okay ? Hah sambung balik cerita kita . Sambil jalan jalan , ambil angin , cuci cuci mata (cewah) dekat JJ Bukit Indah itu , kami juga sempat menikmati minum petang di Kenny Roger's :) Takperlu lah bagitahu apa menu nya , nanti anda kata aku nie show off pulak , haha kan ? Dan perbelanjaan semua nya telah ditanggung oleh ........ Siapa lagi kalau bukan ibunda aku :) Wow , terima kasih mak !
Sesudah itu , kami meneruskan perjalanan kami . Semua kedai kasut kami jelajahi , tapi tiada satu pun yang melekat di hati . Pasang niat nak kasut yang latest tu , tapi tak dapat jugak . Hmm its okay its okay . Maybe next time , who knows ? InsyaAllah :) Tapi walaupun tak dapat kasut , dapat scarf baru pun jadi lah . Bukan setakat scarf baru , kemeja baru pun dapat . Ehem ehem warna pink campur purple okay , hah jangan main main , warna rasmi aku tu ! Hihi . Dan bla bla bla (malas nak taip panjang panjang , act tak berapa nak panjang) . Akhirnya kami balik menuju ke Skudai jam 8.30 malam , fuh jauh perjalanan :D
Okay topik seterus terus terusnya , aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni , kalau aku dengar jea lagu Cinta Kita by Teuku Wisnu ft Shireen Sungkar , confirm air mata aku meleleh secara automatik :'( . Haih kenapa lah kau ni Razmiela , kuat touching . Alah biasa lah tu , adat manusia bernama perempuan sememangnya ada perasaan touching yang kuat kan ? :') Contohnya macam tadi , aku tengah syok layan lagu tu , tibe tibe aku boleh menangis , kuat pulak tu . Sampai mak aku yang busy tengah buat hantaran pun boleh terdengar aku menangis , fuah dahsyat gila ah penangan lagu ni ! Hmm touching siaaa :') Mak aku berkali kali cakap 'takpayah lah dengar lagi lagu tu , nanti Eija (nama manja dlm keluarga) asyik menangis jea' . Tapi oleh kerana sikap degil aku yang boleh tahan tinggi tahapnya , dengar lah lagu Cinta Kita tu . Dan akhirnya HAH ! AMIK KAU ! Lebam dan merah bijik mata menangis macam orang kena tinggal kekasih , Hahahaha kelakar pun ada jugak , Hadoyai ==' Sabar kan je lah dengan kerenah aku ni kan ?
Okay topik seterus terus terusnya , HUARGHHHHH ! Aku nak tidur sebab panjang berjela aku tulis semua benda ni , sampai tilam dan bantal busuk aku pun melambai lambai ke arah aku , dari tadi dok panggil aku Hihi . Oh ya , esok pulak aku nak meneruskan perjalanan menuju ke Melaka , kampung aku . So , kena lah tidur awal kan ? Errr awal ke ? Hah dah lah makin lama aku mengarut , makin lambat aku tidur . Kesian bantal busuk aku tu , rindu kat aku nak suruh aku peluk dia Hihi xD
Okay lah para pembaca , Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog aku yang tidak berapa nak elok nie , dan diharapkan semuanya terhibur ya :) Semoga berjumpa lagi , ohh jangan lupa follow kepada sesiapa yang belum follow eh ? Hihi byebye 

Lots of Love , Enjoy It Readers
Baca baca juga, jangan lupa like dan follow ;) Thankyou bebeh~

No comments:

Post a Comment